Jumaat, 6 Januari 2012

KENALI KANAK-KANAK PEMULIHAN


SIAPA DIA KANAK-KANAK PEMULIHAN ?
“ kanak-kanak pemulihan adalah kanak-kanak yang mempunyai intelek dan kecerdasan yang rendah juga kurang berkebolehan menerima pendidikan biasa.”
         (AE TANSLEY DAN R.CULLIFORD)

“ kanak-kanak pemulihan ialah kanak-kanak yang kurang taakul, kurang berkemampuan membuat sesuatu keputusan atau kesimpulan dan kurang memahami tentang perkara-perkara yang agak abstrak.”
                                            ( M.FCLOUGH )

“ kanak-kanak yang gagal menerima pelajaran dan mereka ini berkemampuan mempunyai kecerdasan yang tinggi, yang sederhana dan di bawah paras sederhana. Kita tidak masukkan kategori kanak-kanak yang terlalu lemah (mentally retarded).”
                        ( SHARIFAH RAHMAH ALI )


CIRI-CIRI KANAK-KANAK PEMULIHAN
 
EMOSI  DAN  TINGKAHLAKU


 
  • Perasaan rendah diri
  • Perasaan risau
  • Sedih / hiba / duka 
  • Cepat bosan / jemu terhadap pelajaran
  • Takut dengan perkara baru
  • Degil,  tidak  patuh  arahan
  • Pasif 
  • Malas 
 
SOSIAL
  


  • Gelisah - selalu bergerak di dalam darjah dan mengganggu kawan. 
  • Lemah/kurang interaksi dengan rakan.
  • Gemar  menghisap jari atau  menggigit kuku.
  • Selalu tidak hadir ke sekolah dengan pelbagai alasan.
  • Selalu menangis - enggan masuk kelas.
  • Hyper aktif
  

KESIHATAN



  • Lemah tubuh badan serta kurang zat makanan.
  • Tumbesaran tubuh badan tak seimbang.
  • Tumpuan perhatian terhad- masalah  penglihatan. 
  • Lemah gerakan moto-kasar dan halus
  • Kesihatan terganggu - seperti selalu sakit,  sakit terlalu lama dan teruk
  • kurang menjaga kebersihan diri.

KESEDIAAN BELAJAR



  • Belum bersedia untuk belajar.
  • Kurang perbendaharaan kata.
  • Lemah pemahaman. 
  • Kurang keyakinan diri dan rangsangan.
  • Kurang  matang – IQ tidak seimbang dengan  umur hayat.





PENGAMATAN


  • Tidak  kenal perbezaan  bentuk,  saiz, warna  dan  turutan.
  • Lemah pendengaran bunyi dan rentak.
  • Keliru konsep ruang dan mencari arah.
  • Lambat mengkelas benda.
  • Kesukaran menghubungkaitkan pelajaran yang lama dengan yang baru.
  • Tidak dapat menyelesaikan masalah.
  • Sukar ambil bahagian dalam permainan, tidak faham undang-undang.
  • Tidak kreatif.
  • Lemah pergerakan dan perbuatan.
  • Lemah daya pemikiran
  • Tidak boleh ingat kembali.


BOLEH DIKENAL PASTI MELALUI.....

  • Perbincangan  dengan  guru  kelas/mata pelajaran
  • Rekod-rekod  prestasi
  • Rekod  kesihatan
  • Kerja-kerja  harian  murid
  •  Laporan  Adab  Belajar  ( LAB )
  • Pemerhatian
  • Ujian Pengamatan
  • Punca-punca  lain




Tiada ulasan:

Catat Ulasan