Perkembangan Bahasa
Apabila kita memperkatakan tentang perkembangan bahasa, kita perlu
meninjau perkembangannya sejak dari awal iaitu sejak seseorang bayi itu
dilahirkan membawa kepada suatu peringkat kedewasaan.
DEFINISI BAHASA:
Mengikut Prof Atan Long bahasa
ialah penggunaan lambang suara sebagai mewakili konsep tertentu atau mempunyai
makna yang diterima oleh masyarakat amnya.
FUNGSI-FUNGSI BAHASA
- Memudahkan penentuan kehendak-kehendak, matlamat dan hasrat naluri untuk memenuhi keinginan dan hajat.
- Memudahkan pengelolaan dan pertukaran maklumat serta fikiran dengan oran lain.
- Menjadi penyalur bagi menyatakan perasaan dan emosi.
- Membantu jalan fikiran dalam menilai dan mengenal diri sendiri.
- Memungkinkan terlaksananya perhubungan sosial.
- Membolehkan seseorang itu mengenang serta mengingat kembali sesuatu telah dialami.
- Asas bagi pemikiran kreatif dalam penulisan kreatif.
Kemahiran-kemahiran Asas Dalam Bahasa Melayu
1. KEMAHIRAN
LISAN
2. KEMAHIRAN
BACAAN
3. KEMAHIRAN
TULISAN
4. KEMAHIRAN
EJAAN
1. Kemahiran Lisan
PENGENALAN
Lisan merupakan satu daripada
kemahiran yang penting dalam menjadi asas dalam pengajaran dan pembelajaran
bahasa. Jika ditinjau dengan teliti, dalam lisan terdapat dua aspek kemahiran
kecil iaitu Kemahiran Mendengar dan Kemahiran Bertutur. Kanak-kanak mula menguasai bahasa dari apa
yang didengar dan dialaminya. Dia akan cuba meniru serta menuturkannya
berulang-ulang.
KEMAHIRAN-KEMAHIRAN ASAS
DALAM LISAN
KEMAHIRAN MENDENGAR
Apabila
seseorang itu mendengar, dia seharusnya dapat mengecam, mengenal dan
mengamatinya; Iaitu mengenal dan mendiskriminasi bunyi-bunyi bahasa yang
berlainan. Kemahiran mengenal dan mendiskriminasikan bunyi-bunyi ini bergantung
kepada faktor-faktor fisiologi serta neurologi pendengaran setakat mana kadar
pendengarannya dan pengamatan pendengarannya.
Secara ringkasnya seseorang itu boleh dikatakan mempunyai kemahiran
mendengar jika ia boleh:
- Mendiskriminasi bunyi-bunyi bukan bahasa.
- Mendiskriminasikan unit-unit bunyi bahasa.
- Memahami perkataan, konsep dan kemahiran mendengar perkataan.
- Memahami ayat serta lain-lain elemen linguistik bahasa.
- Mendengar secara kritikal.
- Memberi perhatian kepada bunyi ”auding”
- Mengikut arahan.
- Memahami urutan atau sekuan.
- Mengingat kembali.
- Menentukan idea utama / terpenting.
- Membuat inferen dan penyeluruhan atau kesimpulan.
KEMAHIRAN BERTUTUR
Satu lagi kemahiran yang tergolong dalam kemahiran
lisan ialah kemahiran bertutur iaitu kemahiran menyebut dan membunyikan
bunyi-bunyi bahasa dengan pengujaran kata-kata atau ayat dalam intonasi, nada (tekanan
suara ), jeda serta helaan yang betul. Unsur-unsur ilmu linguistik yang
dinamakan ”suprapenggalan” ini merupakan aspek yang nyata dan penting dalam
lisan. Bagi setengah-setengah bahasa, perubahan kepada unsur-unsur ini akan
melibatkan perbezaan maksud atau makna.
Mengenal pasti intonasi yang berbeza-beza ini amat penting bagi
mewujudkan suasana pertuturan yang baik, licin dan lancar. Oleh itu aspek ini
juga perlu diberi penekanan dalam pengajaran dan pembelajaran.
KEPENTINGAN LISAN
Manusia mencipta lambang-lambang pertuturan sebelum mencipta
lambang-lambang tulisan. Dengan ini kita harus mengutamakan gerak kerja lisan
sebelum mengajar kanak-kanak membaca dan menulis.
Perkembangan
bahasa kanak-kanak menunjukkan bahawa kanak-kanak mula mendengar, mengajuk dan
seterusnya bercakap. Apabila mereka sudah biasa dengan bahasa itu barulah
diperkenalkan lambang-lambang tulisan supaya mudah mereka menginterpretasikan
lambang-lambang pertuturan.
Kanak-kanak
yang telah menguasai bahasa lisan akan mudah melahirkan perasaan dan
mengeluarkan pendapat atau buah fikiran. Dengan itu mereka akan lebih berani, sikap dan
rajin bergaul dengan kanak-kanak lain.
Teori psikologi
mengesahkan bahawa adanya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan lambang-lambang
tertentu, dengan demikian jika seseorang itu tidak menguasai perbendaharaan
kata yang luas, sewajarnya ia tidak dapat mengeluarkan pendapat dengan jelas.
Bahasa
Melayu khususnya berbeza dari segi pengucapan, intonasi dan tekanan suara.
Kebiasaannya penggunaan bahasa lisan menguntungkan pembinaan bahasa yang baik.
Struktur
ayat, pembinaan ayat dan aspek-aspek nahu dalam satu-satu bahasa adalah
dipelajari secara tidak langsung. Kebiasaannya penggunaan nahu yang betul
secara lisan akan membina asas bahasa yang kukuh.
Pada
prinsipnya guru dikehendaki memperbanyakkan kegiatan lisan di peringkat awal
persekolahan. Melalui kegiatan lisan yang banyak di peringkat awal akan
menambahkan dan memperkayakan perbendaharaaan kata kanak-kanak. Maka dengan ini
memudahkan kanak-kanak pemulihan untuk belajar.
PENGESANAN DAERAH KELEMAHAN
LISAN
Guru
boleh mengesan kelemahan murid dengan mengamati setiap sebutan dan
intonasi pertuturan mereka ketika
menjalankan gerakerja / aktiviti lisan.
Guru
boleh membuat pengesanan khusus dengan merangka, membina serta melaksanakan
ujian lisan yang antara lain akan menguji keupayaan murid untuk:
- Mengamati bunyi-bunyi bukan bahasa.
- Mengamati bunyi-bunyi bahasa dan lain-lain elemen linguistik bahasa.
- Memahami konsep dan maksud perkataan / ayat.
- Melakukan ”auding” yang merangkumi aspek-aspek pengamatan pendengaran.
- Mendengar secara kritikal.
Guru boleh mengesan atau menguji
kemahiran lisan murid dengan menganalisa rakaman
-rakaman yang dibuat berdasarkan kepada
sebutan-sebutan atau pengujaran murid-murid.
Guru
juga boleh menguji kefahaman murid mengenai perkara-perkara yang didengarnya
dengan menyediakan item-item soalan yang khusus berkaitan ”auding”.
CARA MEMPERBAIKI
KELEMAHAN-KELEMAHAN LISAN
- Guru sendiri menjadi model sebagai penutur yang baik untuk ditiru oleh murid-murid.
- Guru mempergiatkan lagi gerakerja / aktiviti lisan untuk murid.
- Guru memperbanyakkan latih tubi sebutan dan intonasi terutama kelemahan khususmurid-murid.
- Guru mempelbagaikan aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran..
- Guru menjalankan peneguhan serta pengukuhan serta merta.
- Guru menggabungjalinkan lisan dengan kemahiran bacaan dan tulisan dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Guru mewujudkan situasi-situasi yang menggalakkan murid berinteraksi melalui susun atur tempat duduk, pertandingan dan sebagainya.
PERKARA-PERKARA PENTING
DALAM PENGAJARAN LISAN
Semasa guru menyampaikan pelajaran lisan, perkara-perkara
berikut perlu diberi
perhatian
:
- Penutur yang dihasilkan hendaklah secara spontan, bernas dan mudah.
- Pengujaran yang baik hendaklah jelas dan lantang, tersusun rapi dan cukup untuk didengar oleh pendengar yang ada.
- Pilih, susun dan gunakan topik-topik yang ada dalam pengetahuan sedia ada murid.
- Adakan rangsangan yang membolehkan kanak-kanak bercakap mengenai perkara-perkara tertentu.
- Semua pengajaran lisan hendaklah dibuat secara formal.
- Galakkan murid-murid mengeluarkan idea-idea baru serta memilih bahan-bahan mereka sendiri.
- Ketika menyampaikan pengajaran, penekanan harus diberi kepada darjah pencapaiankanak-kanak dalam pelajaran itu dengan :
a. Memastikan
setiap kanak-kanak diberi peluang mengambil bahagian.
b. Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.
c. Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh sipenutur.
b. Memastikan hanya seorang sahaja yang bercakap ketika sesuatu ketika.
c. Memastikan setiap murid yang mendengar apa yang dinyatakan oleh sipenutur.
8. Peniruan sebutan oleh murid-murid mestilah lebih kerap dan bukan hanya untuk sekali
dua sahaja.
9. Ulang pelajaran (latih tubi ) yang terdahulu dalam pelajaran-pelajaran yang berikutnya
untuk memperkukuhkan ingatan murid-murid.
10. Semasa murid-murid meniru sebutan, guru mestilah mengamatinya dan jika didapati
mereka melakukan kesalahan, pembetulan hendaklah dibuat secara spontan.
2. Kemahiran Bacaan
DEFINISI MEMBACA
Frak
Smith (1971): Membaca adalah satu operasi psycholinousitic . Bacaan juga
merupakan satu langkah lanjutan dalam perkembangan pembelajaran bahasa dan
memproses perkembangan-perkembangan yang diterima.
Atan
Long (1976): Membaca adalah proses
kembalikan daripada proses menulis kepada proses mentafsirkan kembali
lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna atau buah fikiran daripada bahan
bertulis itu.
Abu
Basar (1981): Membaca adalah gabungan proses menyuarakan lambang-lambang
tulisan, mengamati serta memahamkan kandungannya.
KESIMPULANNYA:
Membaca
adalah proses memindahkan lambang-lambang bertulis kepada suara, memahami
makna-makna yang terkandung di dalamnya serta mengaitkan makna-makna tersebut
dengan pengalaman sedia ada murid.
PROSES BACAAN
i.
BACAAN
SEBAGAI PROSES SENSORI (KEDERIAAN)
a. Penglihatan
: Mengenal dan memahami lambang-lambang.
b. Pendengaran
: Pendengaran yang jelas.
ii.
MEMBACA
SEBAGAI PROSES PENGAMATAN (PERCEPTUAL)
a. Diskriminasi: Mengecam, mencari dan membezakan /
mengasingkan.
b. Latar belakang : Mengenal objek / bentuk / corak yang
bertindih.
c. Ingatan : Mengingat kembali apa yang dilihat /
didengar.
d. Turutan : Memahami giliran, urutan dan sekuan.
e. Sintesis : Membuat kesimpulan
iii.
MEMBACA
SEBAGAI PROSES BAHASA (LINGUISTIK)
a. Seni
bahasa : Mendengar, bertutur, membaca
dan menulis.
iv.
MEMBACA
SEBAGAI PROSES MENTAL (KOGNITIF)
a. Daya
fikir disemua peringkat: Kefahaman.
KESEDIAAN MEMBACA
Kesediaan membaca adalah himpunan
panduan kebolehan dan kemahiran-kemahiran
yang diperlukan untuk mempelajari
satu proses yang komplek iaitu membaca. Ini adalah satu proses yang harus dicapai sebelum
pengajaran bacaan secara formal dijalankan. Ia juga adalah satu proses yang
berterusan yang perlu diperkembangkan dan bukan ditunggu-tunggu.
FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI KESEDIAAN MEMBACA
a. KEADAAN FIZIKAL
- Keadaan mata dan penglihatan yang sempurna dan matang.
- Keadaan telinga dan pendengaran yang sempurna dan baik
- Keadaan alat-alat (organ) pertuturan yang tidak terganggu.
- Umur: Peringkat umur yang berbeza.
- Jantina: Kanak-kanak perempuan lebih dahulu mempunyai kesediaan membaca.
- Kemampuan urat saraf: Otot-otot tangan dan mata khususnya
- Perkembangan fizikal dan kesihatan secara am.
b. PENGALAMAN DAN PERSEKITARAN
Keadaaan persekitaran
yang dapat memberi pengalaman yang pelbagai.
c. EMOSI, MOTIVASI DAN SAHSIAH
- Keadaan rumah tangga dan cara asuhan mempengaruhi perkembangan dan gangguan emosi.
- Dorongan-dorongan yang mempengaruhi sikap suka membaca.
- Bentuk-bentuk sahsiah yang negatif : Nakal, murung, tidak suka bercakap dan lain-lain.
d.
KECERDASAN
DAN PERKEMBANGAN KOGNITIF:
- Manusia dilahirkan dengan kecerdasan dan daya kognitif yang berbeza.
e.
DAYA
DISKRIMINASI (PENGAMATAN)
- Diskriminasi Penglihatan.
- Diskriminasi Pendengaran.
f. PENGUASAAN BAHASA
- Bahasa sebagai alat berfikir dan melahirkan kehendak, rasa dan cita rasa.
MASALAH-MASALAH DALAM BACAAN
a. BENTUK HURUF
- Huruf kecil yang seakan-akan bentuknya.
- Huruf terbalik.
- Bunyi huruf yang seakan-akan sama.
- Keliru nama-nama huruf yang seakan-akan sama bentuknya.
- Menyebut huruf-huruf mengikut telor bahasa ibunda (tidak dapat mgucapkan kata-kata dengan sebutan yang betul, pelat ).
- Keliru menamakan huruf besar dan huruf kecil kerana benuknya berubah.
b. PERINGKAT SUKU KATA
- Tidak boleh mengadun / membatang suku kata terbuka / tertutup.
- Keliru membunyikan suku kata yang melibatkan e taling dan e pepet.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul setelah mengeja / membatang suku kata.
- Tidak boleh membunyikan dengan betul suku kata VK di awal perkataan.
- Salah memecah / membatang suku kata.
- Tidak boleh membatang perkataan yang mengandungi banyak suku kata.
- Keliru membatang perkataan yang mengandungi Diftong / Vokal Berganding.
- Tidak boleh membunyikan perkataan yang mengandungi Diagraf di awal.
- Tidak boleh membatang suku kata yang melibatkan imbuhan.
c. KESUKARAN DALAM PENGAMATAN
- Boleh mengeja tetapi tidak boleh membunyikan.
- Mengeja sebelum membaca.
- Boleh membatang suku kata tetapi gagal menyebut.
- Menggantikan bunyi suku kata dalam perkataan
- Menggugurkan bunyi-bunyi suku kata dalam perkataan.
- Salah menyebut perkataan yang seakan-akan rupanya.
- Keliru ejaan Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris.
- Salah menyebut / membunyikan perkataan yang seakan-akan sama.
- Menyebut perkataan mengikut loghat.
d. KESUKARAN MEMBACA PERINGKAT AYAT
- Menggantikan perkataan dengan perkataan lain.
- Tertinggal perkataan.
- Pembalikan perkataan.
- Mengulang.
- Merangkak-rangkak.
- Membaca mengikut loghat.
e. STRATEGI MEMBANTU KANAK-KANAK KE
ARAH MEMBACA
- Mengenal pasti kanak-kanak.
- Mengenal pasti masalah kanak-kanak tersebut.
- Susun strategi pemulihan.
- Pelaksanaan.
- Penilaian .
3. Kemahiran Tulisan
DEFINISI KEMAHIRAN
TULISAN
Tulisan ialah lambang-lambang
bunyi bahasa yang telah dipindahkan dalam bentuk
grafik
bagi melahirkan perasaan, fikiran dan idea. Menulis adalah proses memindahkan
lambang-lambang
bunyi yang tersusun dan teradun bagi melahirkan bunyi-bunyi yang
bermakna serta dijadikan
alat komunikasi.
PERANAN
TULISAN
Untuk mendirikan asas yang kukuh supaya seseorang kanak-kanak itu dapat
melahirkan
idea, fikiran serta perasaan dengan baik, pantas dan cekap.
Untuk
membolehkan kanak-kanak menyusun huruf-huruf menjadi sukukata,
perkataan
dan ayat sebagai alat komunikasi dalam kelompok masyarakat.
Untuk
membolehkan kanak-kanak berkemahiran dalam satu lagi komponen
bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.
bahasa dan meluaskan pengetahuan, perhubungan serta matlamat hidup.
Untuk
menyediakan, menyemai, mengasah serta mengukuhkan minat serta bakat
kanak-kanak
sebagai memenuhi kehendak masyarakat moden (kerana membaca,
menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa
kini).
menulis dan mengira adalah sebahagian daripada asas utama keperluan hidup masa
kini).
Untuk
menghasilkan bentuk-bentuk penulisan kreatif seperti pantun, syair, sajak
lain-lain
bentuk puisi dan prosa yang dapat memberikan
kepuasan jiwa dalam pemikiran, perasaan
bukan sahaja diri kanak-kanak itu sendiri, bahkan juga seluruh insan umumnya.
PERINGKAT-PERINGKAT
PERKEMBANGAN BAHASA
- Pra Tulisan
Pra tulisan merupakan satu
peringkat yang perlu dilalui oleh kanak-kanak bagi
menyediakan
diri ke arah melahirkan lambang-lambang bunyi khusus yang diterima oleh
kelompok
masyarakat. Pada peringkat awal kanak-kanak membuat contengan di atas
permukaan
benda-benda yang sedia ada dalam persekitaran mereka dengan
menggunakan
bahan-bahan yang boleh meninggalkan kesan ke atas permukaan benda
tersebut.
Peringkat
contengan ini perkembangan dari membuat contengan bebas hingga ke
peringkat
contengan terkawal. Peringkat pra tulisan ini adalah bagi kanak-kanak
mendapatkan
latihan otot, tangan,jari serta kordinasi mata tangan. Peringkat pra tulisan
perlu menitikberatkan
perkara-perkara berikut:
1. Melakukan
latihan-latihan pergerakan tangan dan jari melalui aktiviti seperti
menggunting, mengoyak, menganyam,
menampal, menguli tepung dan lain-
lain.
2. Menguasai
gerak tangan bebas, cara memegang alat tulis, cara duduk dan
sebagainya supaya boleh menulis dengan
sempurna dan selesa.
3. Melakukan
latihan-latihan pergerakan mata dari kiri ke kanan, dari atas ke bawah dan
lain-lain.
4. Melakukan
latihan-latihan keselarasan (koordinasi) mata dan tangan.
- TULISAN MEKANIS
Setelah kanak-kanak melalui
proses pra tulisan , sepatutnya mereka telah faham
dan
boleh memegang pensel serta cara duduk
yang betul dan selesa . Tulisan mekanis
merupakan
peringkat kedua yang patut didedahkan kepada murid-murid. Sebagai
permulaan
untuk memberi kemahiran dalam penulisan mekanis murid-murid diminta.
membentuk
huruf-huruf pada permukaan kertas kosong tanpa garisan. Setelah
kemajuannya
didapati memuaskan barulah latihan membentuk huruf diberikan. Bermula
dengan
ruang garisan yang lebar / luas membawa kepada lembaran bergaris kecil /
sempit.
Latihan-latihan
tulisan mekanis diharapkan murid-murid akan dapat :
i. Kemahiran
mengawal dan memegang pensel.
ii. Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
iii. Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.
ii. Meneliti, mengenal, menyalin bentuk-bentuk huruf mengikut urutan.
iii. Mendapat kesedaran tentang perkaitan bunyi dengan tulisan.
- TULISAN KREATIF
Peringkat ini
merupakan peringkat tertinggi dalam proses menulis. Di peringkat
ini kanak-kanak diharapkan dapat menggunakan kemahiran
yang diperolehi di peringkat
mekanis untuk menggunakan daya kreatif untuk :
- Membina ayat.
- Mengarang cerita.
- Mengarang pantun, sajak, teka-teki dll.
- Menulis surat kiriman.
- Lain-lain yang berkaitan.
MASALAH TULISAN DI KALANGAN KANAK-KANAK PEMULIHAN
- Perkataan ditulis terlalu rapat di antara satu dengan lain.
- Bentuk-bentuk huruf ditulis terlalu condong.
- Tiada keseragaman jarak di antara huruf dengan huruf atau di antara perkataan dengan perkataan
- Bentuk-bentuk huruf yang tidak jelas / tepat / betul.
- Menulis tanpa mengikut garisan-garisan yang ditentukan,
- Mencampur adukkan huruf besar dengan huruf kecil.
- Masalah pembalikan huruf atau perkataan.
- Huruf-huruf tidak ditulis mengikut posisi (kedudukan ) yang sepatutnya.
- Menulis dengan meninggalkan huruf, perkataan atau imbuhan.
- Menulis melampaui garisan ruang muka surat yang ditentukan.
- Menulis huruf-huruf di dalam perkataan secara bertindih.
- Mengulang garis-garis huruf yang ditulis.
- Menulis mengikut arah dari kanan ke kiri.
- Menulis huruf atau perkataan mengikut urutan yang salah.
- Menulis atau menyalin ayat tanpa mengikut tertib yang betul.
CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN
- Memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-pering permulaan dan mendirikan asas.
- Memberikan penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang jelas dan betul,sesuai dengan tahap keupayaan murid secara individu supaya dapat diikuti dengan mudah.
- Guru adalah model atau contoh yang menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul.
- Kad-kad tulisan dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan dengan sempurna.
- Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu.
- Pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah pemadam.
4. Kemahiran
Ejaan
DEFINISI EJAAN
Ejaan adalah proses memilih serta
mengadunkan lambang-lambang untuk
melahirkan perkataan secara
lisan dan bertulis. Sebahagian daripada kanak-kanak mahir
mengeja tanpa bantuan
guru. Ini adalah kerana kemahiran itu boleh diperolehi melalui
kemahiran
membaca. Tetapi ada juga kanak-kanak yang boleh membaca tetapi lemah
dalam
ejaan.
PUNCA KANAK-KANAK LEMAH DALAM EJAAN
i. Lemah dalam ingatan penglihatan.
- Tidak dapat mengingat atau membayangkan bentuk sebenar sesuatu perkataan.
- Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.
ii. Lemah dalam ingatan penglihatan.
- Tidak dapat menentukan lambang yang mewakili bunyi.
- Masalah penglihatan seperti rabun dan juling.
- Tidak dapat memilih lambang-lambang secara rawak.
- Kemungkinan
lemah dalam bacaan.
AKTIVITI-AKTIVITI KEMAHIRAN MENGEJA
a. Membina
perkataan berirama ( sama di pangkal, tengah atau hujung )
Contoh: la bu la
ku la yu
la gu dll.
b. Mendiskriminasi
perkataan.
c. Melengkapkan
atau menambah perkataan.
d. Membina
perkataan di dalam perkataan.
e. Membina
perkataan dari huruf-huruf dalam perkataan.
f. Mengkelaskan
perkataan mengikut jenis atau keluarga.
g. Mencari
perkataan berlawan, berganda dan jantina.
h. Permainan
teka teki.
i. Permainan
Silang kata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan