Jumaat, 23 September 2011

Kenali Pendidikan Pemulihan Khas


Pengenalan
Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan setiap individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus-peratus sama dengannya walaupun kembar seiras. Oleh itu guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas.

Aspek-aspek Perbezaan Individu
1. Jantina
2. Fizikal
3. Kecerdasan otak
4. Personaliti
5. Gaya belajar
6. Kesihatan
7. Sosial
8. Bangsa dan bahasa

Implikasi Perbezaan Individu Kepada Pengajaran dan Pembelajaran

1. Kesediaan belajar.
Oleh kerana murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang
berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza. Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama murid-murid yang lambat. Sekiranya guru
mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan berkemungkinan akan
menjadi murid tercicir.

2.Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
Dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan murid. Guru juga harus menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan murid yang pandai tidak merasa bosan.

3.Tingkahlaku Menggangu Pembelajaran
Murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran sering mempamerkan tingkahlaku
yang akan mengganggu perhatian orang lain semasa P&P. Contohnya bising, agresif,vandalisme dan lain-lain. Ada juga murid yang proaktif seperti ingin membuat sesuatu yang belum disuruh, suka bertanya mengenai sesuatu yang belum diajar dan lain-lain.Ini dipanggil mengganggu yang positif.

4. Perbezaan Gaya Belajar
Perbezaan individu juga mempengaruhi gaya murid-murid belajar. Ada yang suka belajar
secara sambil mendengar muzik , ada yang suka visual, ada yang suka belajar secara individu
dan ada juga secara berkumpulan.


Peranan Guru Dalam Menghadapi Perbezaan Individu

Untuk menghadapi perbezaan di kalangan murid di dalam kelas, antara perkara-perkara yang boleh dibuat oleh guru ialah:

1. Kaedah Kumpulan
2. Pengayaan dan pemulihan
3.Pengajaran terancang
4.. Pembelajaran Koperatif
5. Pengajaran dan Pembelajaran individu
6. Mempelbagaikan bentuk penilaian
7. Mempelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
8. Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar
9. Peneguhan Positif
10. Pengagihan tugas mengikut minat dan keupayaan