Ahad, 18 Disember 2011

Refleksi Pembelajaran


Refleksi adalah aktiviti penting di mana seseorang individu mengingat kembali pengalaman yang telah lalu,memikir-mikir dan mempertimbangkan serta membuat sesuatu penilaian. Refleksi dalam konteks pembelajaran adalah satu istilah umum, merujuk kepada aktiviti-aktiviti intelektual dan afektif, di mana seseorang individu melibatkan diri meneroka pengalaman-pengalaman mereka bagi memperoleh kefahaman dan penghayatan baru.
                                                                                                                            (Bound et al. 1985)

Tujuan Refleksi

·         Mentafsir kemahiran mengajar sendiri dan mempertingkatkannya
·         Menilai sesuatu strategi pengajaran dan bahan-bahan pengajaran yang digunakan.
·         Menganalisis nilai-nilai pendidikan yang menjadi asas  amalan pengajaran
·         Terus menerus mengkaji dan menjelaskan pegangan dan nilai peribadi berkaitan pendidikan.
·         Mencuba membina satu penjelasan tentang murid,interaksi bilik darjah serta proses-proses P&P.
                                                                                                                            (David Frost 1993)

Mikropengajaran pula menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro ialah suatu teknik pengajaran dalam masa lima hingga lima belas minit untuk mengajar suatu kemahiran pelajaran bagi guru pelatih,biasanya terdiri daripada lima hingga sepuluh orang sahaja. Menurut Sharifah Alwiah (1986), pengajaran mikro merupakan satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi atau motivasi, penyoalan, variasi rangsangan, pengunaan papan kapur, alat bantuan mengajar, pengukuhan dan lain-lain.

Isnin, 12 Disember 2011

Langkah Pengajaran Pemulihan Bahasa Melayu

LANGKAH PENGAJARAN HURUF ABC (HURUF KECIL & BESAR)

Terdapat dua (2) jenis bentuk huruf iaitu :
(i) Huruf besar
(ii) Huruf kecil

Bagi mengajar huruf kecil dan besar terdapat lebih kurang tujuh (7) langkah pengajaran iaitu :
(i) Menyebut a b c secara teratur
(ii) Membentuk huruf
* Menulis di atas angin
* Menulis dibelakang kawan * Menulis di atas pasir * Membentuk huruf dengan tanah liat * Menyurih huruf(iii) Mewarna huruf
(iv) Persamaan bentuk huruf
(v) Memadan huruf
* Antara huruf kecil dengan kecil * Antara huruf besar dengan besar * Antara huruf kecil dengan besar(vi) Menyusun / melengkapkan susunan huruf secara rawak
(vii) Memadan / memilih huruf dengan gambarajah

LANGKAH PENGAJARAN SUKU KATA
Terdapat tujuh (7) jenis suku kata iaitu :
(i) V (huruf vokal)
(ii) KV
(iii) KVK
(iv) KVKK
(v) Diftong
(vi) Konsonan Bergabung
(vii) Vokal Konsonan Bergabung
Bagi mengajar suku kata terdapat lebih kurang lima (5) langkah pengajaran iaitu :
(i) Mengeja suku kata
(ii) Membatangkan / Membunyikan suku kata
(iii) Mengaitkan suku kata dengan gambar yang sesuai
(iv) Memadan & memilih suku kata berdasarkan gambar
(v) Menulis suku kata berdasarkan gambar

LANGKAH PENGAJARAN PERKATAAN
Terdapat 28 jenis perkataan iaitu :
(i) KV+KV
(ii) V+KV
(iii) KV+KV+KV
(iv) KVK
(v) V+KVK
(vi) KV+KVK
(vii) KVK+KV
(viii) KVK+KVK
(ix) KV+KV+KVK
(x) KVK+KV+KVK
(xi) KVKK
(xii) KV+KVKK
(xiii) V+KVKK
(xiv) KVK+KVKK
(xv) KVKK+KV
(xvi) KVKK+KVK
(xvii) KVKK+KVKK
(xviii) KV+KV+KVKK
(xix) KV+KVK+KVKK
(xx) KVK+KV+KVKK
(xxi) KVKK+KV+KVK
(xxii) KV+KVKK+KVK
(xxiii) Diftong
(xxiv) Vokal Berganding
(xxv) Vokal Berganding (melibatkan 4 huruf 1 bunyi)
(xxvi) Konsonan Bergabung
(xxvii) Konsonan Bergabung (melibatkan 4 huruf 1 bunyi)
(xxviii) Vokal Konsonan Bergabung
Bagi mengajar perkataan terdapat lebih kurang sembilan (9) langkah pengajaran iaitu :
(i) Mempamirkan gambar
(ii) Mengeja dan membatangkan suku kata
(iii) Menggabungkan suku kata
(iv) Melengkapkan perkataan / suku kata tertinggal
* suku kata awalan * suku kata pertengahan * suku kata akhiran
(v) Memadankan gambar berdasarkan perkataan
(vi) Menulis perkataan berdasarkan gambar(vii) Bacaan ayat mudah(viii) Melengkap / memadankan ayat berdasarkan gambar(ix) Ejaan dan penulisan

Nota : Bagi mana-mana perkataan yang hanya mempunyai satu bunyi seperti KVK, KVKK, Vokal
Berganding 4 huruf dan Konsonan Bergabung 4 huruf kaedah pengajaran adalah seperti
mana kaedah pengajaran suku kata.


Selain itu juga bagi kaedah "melengkapkan perkataan / suku kata tertinggal
" adalah
bergantung kepada bilangan suku kata yang wujud di dalam sesuatu perkataan. Sekiranya
perkataan tersebut hanya melibatkan 2 suku kata aktiviti yang terlibat hanya lah "suku kata
awalan
" dan "suku kata akhiran". "suku kata pertengahan" hanya wujud bagi perkataan-
perkataan yang melibatkan 3 suku kata.



LANGKAH PENGAJARAN MEMBINA AYAT MUDAH
Bagi mengajar membina ayat mudah terdapat lebih kurang enam (6) langkah pengajaran iaitu :
(i) Membaca ayat berdasarkan gambar
(ii) Memilih ayat mudah yang betul
(iii) Menggabungkan ayat menjadi ayat yang betul
(iv) Memilih ayat yang sesuai berdasarkan gambar

(v) Menyusun perkataan menjadi ayat yang betul
(vi) Membina ayat berdasarkan gambar

LANGKAH PENGAJARAN BACAAN PEMAHAMAN
Bagi mengajar bacaan pemahaman terdapat lebih kurang enam (6) langkah pengajaran iaitu :
(i) Membaca petikan karangan mudah
(ii) Menyusun ayat berdasarkan urutan bersiri
(iii) Melengkapkan perenggan karangan
(iv) Menyusun perenggan karangan

(v) Melengkapkan karangan mudah (mengisi tempat kosong)

Ujian Diagnostik


UJIAN DIAGNOSTIK

Definasi ujian diagnostik :-
Adalah satu alat pengukuran yang membolehkan guru pemulihan khas mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh seseorang murid.

Tujuan ujian diagnostik :-
1. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan- kesulitan yang dihadapi oleh murid.
2. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk menguasai sesuatu kemahiran.
3. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut

kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh murid.
4. Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang

khusus pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.
5. Ujian diagnostik bertujuan membolehkan guru merancang dan membina program dan

bahan bantu mengejar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

Membina Ujian Diagnostik

1. Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu ditentukan :
1.1.Objektif ujian
1.2.Kemahiran yang hendak diuji
1.3.Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.
1.4.Siapa yang hendak diuji – sasaran.

2. Ujian yang dirancang dengan teliti, cermat dan sempurna dapat memberikan penilaian yang lebih adil terhadap murid pemulihan. Oleh itu, borang JPU perlu disediakan.-


3. Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.

4. Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut hendaklah disusun dari senang ke susah.

5. Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih dahulu.

Pelaksanaan dan Panduan Mentadbir ujian diagnostik

1. Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid-murid yang dipilih mengikuti program pemulihan Bahasa Melayu.

2. Ujian diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu masa.

3. Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang paling tinggi – pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.

4. Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya seseorang yang di uji itu didapati gagal menjawab semua item dengan betul dalam TIGA kemahiran berturut-turut.

5. Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan.

6. Keputusan ujian diagnostik dapat memberi panduan kepada guru untuk menyusun satu program pengajaran kepada murid tersebut.

7. Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka dapat menjawab dengan tenag dan selesa.

8. Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-keterangan atau data-data yang diberi cara mana murid belajar.

9. Semua jawapan hendaklah diteliti oleh guru supaya guru tahu apa yang murid tidak tahu dan di manaa kesilapan mereka.

10. Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadi panduan kepada guru pada satu masa yang lain.

Analisis ujian diagnostik

1- Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah direkodkan dalam borang analisis. –


2- Hasil analisis ujian diagnostik menjadi asas kepada guru untuk merancang Rancangan Pengajaran Kumpulan (RPK

UJIAN DIAGNOSTIK PENGAMATAN

Rasional:

Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh amatlah penting. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan.

Apa itu pengamatan:
1- Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu. Pemgamatan ini berkait rapat dengan pemikiran kita.

2- Pengamatan ialah satu kemahiran yang boleh dikembang dan dipelajari. Sungguhpun ia berkait rapat dengan darjah kecerdasan seseorang kanak-kanak itu, tetapi ia boleh diajar kepada kanak-kanak lemah supaya dapat membantu mereka dalam pembelajaran.

3- Pengamatan ialah kefahaman terhadap sesuatu perkara atau situasi melalui pancaindera setelah berlakunya proses dalam mental.

4- Pengamatan berkait rapat dengan pemikiran manusia. Pengamatan merupakan satu proses yang menimbulkan makna kepada tugas-tugas pancaindera dengan pertolongan pengalaman-pengalaman lalu.

5- Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya “Reading Diagnosis and Remediation” beliau mengatakan pengamatan merupakan satu proses yang bergantung kepada kognitif dan kederaan. Proses ini penting kepada pembelajaran terutama dalam pembinaan konsep yang dialami oleh kanak-kanak.

6- Janet W Learner(1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities” telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal maklumat daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.

Objektif Ujian Pengamatan:
Menerusi ujian ini guru dapat mengesan masalah yang dihadapi oleh murid dalam ;

1- Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz, warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan.

2- Menentukan sesuatu saiz, jarak, kri ke kanan serta hubungan antara satu objek objek yang lain.

3- Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf, nombor, suku kata, perkataan dan ayat.

4- Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke bawah dan dari bawah ke atas.

5- Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing.

6- Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Komponen Ujian Pengamatan:
1- Diskriminasi yang sama ( Discrimination Sameness)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

2- Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( Discrination of differences)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

3- Diskriminasi saiz ( Discrimination of size)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

4- Diskriminasi kedudukan ( Position in space)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya,

5- Koordinasi Motor –mata –tangan.
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya.

6- Pertalian jarak (Spatial Relationship)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain.

7- Mazing
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah.

8- Turutan ( Sequencing)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-aktiviti bersiri.

9- Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure – Ground)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu maslaah abstrak.

10- Menyalin ( Visual Copying)
Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.

Panduan melaksanakan ujian pengamatan:
1- Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep sepertimana yang terkandung dalam komponen pengamatan.
2- Dalam ujian ini murid diberi dengan pelbagai latihan pengamatan.
3- Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu.
4- Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian.
5- Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas.
6- Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel.

UJIAN PENCAPAIAN

1. Pengenalan

Ujian pencapaian terbahagi kepada ujian berbentuk sumatif dan fomatif.

1.1.Ujian sumatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid-murid mengikuti proses pembelajaran dalam Kelas Pemulihan Khas. Ia juga merupakan instrumen pengukuran pencapaian dalam menguasai kemahiran asas mata pelajaran Bahasa Melayu. Penggubalan soalan bagi ujian ini adalah berasaskan kemahiran-kemahiran tertentu. Jika murid tersebut lulus mengikut skor-skor yang ditetapkan maka murid tersebut boleh dikembalikan ke kelas biasa untuk menjalani program pemulihan dalam kelas.

1.2. Ujian formatif merupakan ujian yang dijalankan setelah murid mengikuti proses pembelajaran di Kelas Pemulihan Khas. Ujian adalah untuk menilai penguasaan murid dalam satu-satu kemahiran yang diajar. Ianya menjadi asas kepada peningkatan kemahiran yang lebih tinggi. Bahan ujian dan keputusan ujian hendaklah difailkan sebagai rujukan.

2. Pelaksanaan.
Ujian Pencapaian ini hendaklah dilaksanakan setelah murid-murid mengikuti program pemulihan mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Kelas Pemulihan Khas.
Ujian ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada pencapaian setiap murid. Sekiranya terdapat sekumpulan murid yang menguasai kemahiran yang sama pada sesuatu masa, maka ujian ini boleh dijalankan secara kumpulan.

Pencapaian setiap murid hendaklah direkodkan dalam Borang Rekod Ujian Pencapaian Bahasa Melayu seperti contoh pada bahagian akhir sesuatu set ujian.

Apa Itu Disleksia...


Disleksia adalah sejenis masalah pembelajaran khusus yang kerap berlaku.
Kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh
Mempunyai keupayaan intelek yang normal
Telah mendapat ransangan dan pembelajaran yang mencukupi
Masalah asasnya adalah perbezaan cara otak berfungsi dalam menghubungkan simbol visual dengan bunyi
Mereka mungkin mengalami kesukaran membaca, menulis ,memahami ,mengeja dan mengira.
Dianggarkan 4 – 8 % pelajar sekolah yang bermasalah disleksia
Kanak-kanak lelaki lebih ramai bermasalah Disleksia berbanding perempuan.

Apakah ciri-ciri Disleksia?
Diperingkat pra sekolah mereka mungkin :
-Lambat bertutur
-Mengalami kesukaran sebutan atau rima
-Sukar menulis nama sendiri
-Sukar mengenal bentuk atau warna
-Sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya

Di alam persekolahan, kanak-kanak Disleksia mungkin :
-Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau mengira
-Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
-Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
-membezakan 15 dengan 51
- “was” menjadi “saw”
- ‘b’ dengan ‘d’‘
- Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
- Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
- Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah

Adakah individu Disleksia mempunyai keistimewaan?
Antara orang ternama yang juga mengalami Disleksia termasuklah ahli politik (Lee Kuan Yew), pelakon (Whoopi Goldberg), artis (Leonardo da Vinci) dan saintis (Albert Einstein)
Ramai yang berdaya imaginasi tinggi, amat kreatif dan mampu berfikir dari pelbagai sudut / dimensi
Bijak dengan kemahiran tangan atau sukan.

Masalah yang mungkin dialaminya
- Salah sangka dan digelar sebagai malas, bodoh atau lembab
- Pembentukan imej diri yang sihat terjejas dan mengalami rasa rendah diri
- Jika tidak dikenalpasti dan dibantu diperingkat awal boleh menyebabkan
- Gangguan emosi (seperti kemurungan)
- Masalah tingkahlaku (seperti melawan, kecelaruan tingkahlaku)
- Rendah pencapaian akademik (menyebabkan keciciran sekolah)

Membantu anak-anak bermasalah Disleksia
Langkah-langkah untuk membantu mereka termasuklah :
- Bantu kanak-kanak dan keluarga mengendali permasalahan ini dan bina keyakinan diri anak
- Rawat penyakit lain yang mungkin berkait seperti Gejala Hiperaktif dan Kurang Daya
Tumpuan

Pertingkatkan potensi pembelajaran anak melalui :
-Terapi pertuturan
-Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
-Pendekatan pelbagai deria (Menggunakan deria lain untuk membantu pembelajaran)
-Deria sentuhan (menggunakan lakaran atas kertas pasir)
-Deria pendengaran (menggunakan ritma atau bunyi perkataan/ huruf)
-Merasa pergerakan bibir
-Menulis huruf atau perkataan

Langkah-langkah pemulihan :
-Bantu anak menguasai maklumat secara beransur ansur
-Pengulangan semasa mengajar (k-onsep ajar berlebihan)
-Gunakan video atau kaset untuk belajar
-Program pemulihan khusus :
Ada sekolah yang mempunyai program pemulihan khusus untuk Disleksia