Isnin, 23 Jun 2014

MAKLUMAN DATA PEMULIHAN KHAS 3M (DPK3M) BERAKHIR 30 JUN 2014.


Penghantaran Data Pemulihan Khas 3M Berakhir pada 30 Jun 2014.



p/s :  Guru Pemulihan Khas , tuan-tuan dan puan-puan  bersedia untuk penghantaran Borang DPK3M. Makluman akan disampaikan melalui Portal oleh :
En. Tuan Mohd Fazli Tuan Abdullah - Pegawai Pendidikan Khas, Swasta & Pemulihan Khas PPD Kerian
Talian Pertanyaan :- 0125800684

Sila rujuk laman Portal PPD Kerian untuk makluman lanjut..

atau  boleh berhubung dengan :
 En. Ghazali Abdul Rahman : -  0125667871.

Nota Tambahan : Guru Pemulihan boleh mula mengisi Data Linus Tahun bermula Jun 2014.
                                                                      

Khamis, 6 Mac 2014

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN KELAS LINUS BM

Contoh Rancangan Harian LINUS

Sila Lihat Contoh : DI SINI

PROSEDUR MURID KE KELAS PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI DAERAH KERIAN

SENARAI SEMAK/ PROSEDUR UNTUK MENDAPATKAN PEMERIKSAAN OLEH PEGAWAI PERUBATAN.


Sila Muat Turun : PROSEDUR MURID KE PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

En.Tuan Mohd Fazli Bin Tuan Abdullah
Pen.PPD Pendidikan Khas & Swasta Dan Pemulihan Khas
PPD Kerian.

No. Tel : 012-5800684

Selasa, 28 Januari 2014

PENGGUNAAN & PENGHANTARAN BORANG DATA 3M TERKINI 2014


MAKLUMAN PENGHANTARAN DATA 3M 2014


Assalammualaikum... Salam Sejahtera...

Written by Mohd Ariff.
Semua Guru Besar
Sekolah Rendah
Negeri Perak Darul Ridzuan

DATA PEMULIHAN KHAS MULAI TAHUN 2014

Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Perak telah memurnikan format data untuk diguna pakai oleh semua pihak yang terlibat mulai Tahun 2014.

Data Pemulihan Khas akan dikutip berdasarkan kepada bilangan murid pada 31 Januari, 30 Jun dan 31 Oktober tahun semasa. Kerjasama daripada pihak tuan adalah dipohon untuk menghantar maklumat berkenaan secara 'soft copy' kepada Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( Pendidikan Khas/Pemulihan Khas) di Daerah masing-masing sebelum atau pada 3 Februari, 3 Julai dan 3 November tahun semasa.

Untuk maklumat lanjut sila muat turun di bahagian attachment ( dalam Portal)/ dibawah.

P/S : Makluman Kutipan Data 3M dengan menggunakan Borang Baru.



RALAT :  Guru Pemulihan Khas !!
  • IKAM merupakan Instrumen Pemulihan yang digunakan sebagai item penguasaan matematik murid tahap 2 selain ujian Saringan LINUS Numerasi.
  • IKAM akan disaring 3 kali setahun pada Januari, Julai dan November mengikut Kutipan Data Pemulihan.
  • terdapat 4 topik dan murid dianggap menguasai kemahiran asas matematik sekiranya lulus semua item yang dikuasai.
  • Yang gagal adalah murid pemulihan
  • Ujian ini perlu dilaksanakan oleh guru pemulihan kepada murid murid tahap 2 ( tahun 4,5 dan 6 ) yang telah dikenalpasti mempunyai masalah penguasaan matematik oleh guru Aliran Perdana. 
  • Walaubagaimanapun dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Guru Pemulihan perlu memberikan fokus utama kepada murid tahap 1 terlebih dahulu.

Persoalan :  Adakah semua murid tahun 4,5 & 6 perlu menjalankan ujian ini ?
Jawapan   :  Jalankan ujian kepada murid- murid Protim, atau murid lemah, setelah dikenalpasti oleh guru matematik,(Murid yang dianggap tidak menguasai kemahiran asas matematik).

Sila Muat Turun Di sini  : Borang Data 3M 2014 Terkini
Sila Muat Turun Di sini  : Surat Siaran Data Pemulihan Khas 2014
Set Soalan IKAM
Sila Muat Turun Di sini  : Set Soalan IKAM Tahap 2 Set 1
atau                               : Set Soalan IKAM Tahap 2 Set 3
(Gunakan salah satu set Soalan di atas)
P/S : Sila rujuk Laman /Portal JPN Perak

* Tuan/Puan GuruPemulihan Khas Daerah Kerian Penghantaran Data 31 Januari 2014 Sebelum atau pada  3 Februari 2014. Penghantaran 'Soft Copy' ke alamat e-mail : tumofaz1997@yahoo.com

Sekian Terima Kasih... 

Penghantaran Data 3M dilanjutkan sehingga  5 FEBRUARI 2014. HARAP MAKLUM..

Khamis, 20 Jun 2013

MAKLUMAN DATA PEMULIHAN KHAS 3M (DPK3M) BERAKHIR 30 JUN 2013.

Penghantaran Data Pemulihan Khas 3M Berakhir pada 30 Jun 2013.


p/s :  Guru Pemulihan Khas , tuan-tuan dan puan-puan  bersedia untuk penghantaran Borang DPK3M. Makluman akan disampaikan melalui Portal oleh :
En. Tuan Mohd Fazli Tuan Abdullah - Pegawai Pendidikan Khas, Swasta & Pemulihan Khas PPD Kerian

Sila rujuk laman Portal PPD Kerian untuk makluman lanjut..