Ahad, 18 Disember 2011

Refleksi Pembelajaran


Refleksi adalah aktiviti penting di mana seseorang individu mengingat kembali pengalaman yang telah lalu,memikir-mikir dan mempertimbangkan serta membuat sesuatu penilaian. Refleksi dalam konteks pembelajaran adalah satu istilah umum, merujuk kepada aktiviti-aktiviti intelektual dan afektif, di mana seseorang individu melibatkan diri meneroka pengalaman-pengalaman mereka bagi memperoleh kefahaman dan penghayatan baru.
                                                                                                                            (Bound et al. 1985)

Tujuan Refleksi

·         Mentafsir kemahiran mengajar sendiri dan mempertingkatkannya
·         Menilai sesuatu strategi pengajaran dan bahan-bahan pengajaran yang digunakan.
·         Menganalisis nilai-nilai pendidikan yang menjadi asas  amalan pengajaran
·         Terus menerus mengkaji dan menjelaskan pegangan dan nilai peribadi berkaitan pendidikan.
·         Mencuba membina satu penjelasan tentang murid,interaksi bilik darjah serta proses-proses P&P.
                                                                                                                            (David Frost 1993)

Mikropengajaran pula menurut Mok Soon Sang (2008), pengajaran mikro ialah suatu teknik pengajaran dalam masa lima hingga lima belas minit untuk mengajar suatu kemahiran pelajaran bagi guru pelatih,biasanya terdiri daripada lima hingga sepuluh orang sahaja. Menurut Sharifah Alwiah (1986), pengajaran mikro merupakan satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi atau motivasi, penyoalan, variasi rangsangan, pengunaan papan kapur, alat bantuan mengajar, pengukuhan dan lain-lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan