Saudara- saudari sekalian, saya ingin menyampaikan pesanan daripada En. Tuan Mohd Fazli Tuan Abdullah - Pegawai Pendidikan Khas, Swasta & Pemulihan Khas PPD Kerian.
Sila hantar Data Pelepasan IPP2M Murid Tahap 2 tersebut pada atau sebelum : 26 Mac 2013.
Sekian untuk makluman.. Tq.
Muat Turun : IPP2M TAHAP 2 ( PELEPASAN )
P/s : RALAT LAPORAN PENCAPAIAN SEKOLAH DALAM IPP2M
( Hanya dijalankan terhadap Murid Tahun 4 : K9-K12 sahaja )
- Bermaksud murid tahun 4 yang berada dalam K9 - K12 ( Murid Arus Perdana )
- Murid K1-K2 & K3-K8 (Murid LINUS TEGAR & Murid LINUS) dan murid yang melepasi K12 tidak perlu menjalani ujian ini.
- Sila rujuk Konstruk murid dalam Saringan LINUS terakhir pada tahun lalu. Semua Sekolah perlu menghantar Laporan tersebut ke PPD dengan menggunakan borang yang disediakan.
Untuk mendapatkan Borang Laporan
IPP2M , sila CLIK DI SINI.
Borang laporan IPP2M perlu
dihantar kepada En. Tuan Mohd. Fazli
Tuan Abdullah Pegawai Pemulihan Daerah
Kerian melalui email : tumofaz1997@yahoo.com. & hard copy ke PPD Kerian.
MAKLUMAN : PENGISIAN LAPORAN IPP2M
- Ujian Ini Untuk Murid Tahun 4 (Dahulunya tahun 3 Program LINUS NKRA Kohort 1)
- Murid yang telah melepasi K12 dalam saringan LINUS tahun lalu tidak perlu menjalani Instrumen IPP2M. Boleh dapatkan maklumat berkaitan konstruk tersebut dari Guru LINUS BM sekolah saudara-saudari.
- Cuba Lihat Konstruk murid sebelum memulakan ujian . Fokus utama Ujian IPP2M ini adalah kepada murid yang berada dalam K9,K10 & K11 ( bermaksud K9-K12 adalah MURID ARUS PERDANA) pada tahun lalu.
- Murid K1 hingga K8 ( tidak terlibat dalam Ujian IPP2M ini)
- Tuliskan Bilangan & Senarai Nama Murid yang terlibat dalam ujian ini & tandakan TIDAK MENCAPAI WAJARAN bagi skor 0-39, manakala MENCAPAI WAJARAN bagi skor 40-50.
- Jika semua murid tahun lalu telah berada dalam Konstruk 12 (K12), maka isikan semua telah menguasai & tandakan MENCAPAI WAJARAN.
MAKLUMAN PENTING :
En. Tuan Mohd Fazli Tuan Abdullah -PPD Kerian.
- Bagi Sekolah yang keseluruhan murid mencapai wajaran pada tahun lalu perlu mengisi jumlah bilang murid tersebut contohnya : SEMUA MURID TELAH MENGUASAI K12 (34 orang), tidak perlu isi nama murid.
- Bagi Sekolah yang menjalankan Ujian IPP2M ini, sekolah tersebut perlu mengisi nama murid dan wajaran mereka.
- Jumlah murid mencapai wajaran / tidak mencapai wajaran serta peratusannya mesti diisi dalam ruangan di bawah borang laporan.
- Contoh borang laporan IPP2M yang telah siap diisi & di emailkan :
Untuk Instrumen Ujian Pelepasan bagi Matematik Pemulihan Khas tahap 2, sila
Muat turun : Instrumen IKAM Tahap 2
Setakat ini hanya Instrumen IPP2M sahaja perlu dihantar data berkaitan dengannya.
Namun saudara-saudari digalakkan menggunakan Instrumen IKAM, sebagai standard pelepasan bagi Matematik tahap 2. Sekian tq..
P/s : SAUDARA -SAUDARI DINASIHATKAN MERUJUK PORTAL PPD KERIAN
BLOG INI HANYALAH SEKADAR UNTUK MEMBANTU.. TQ
Ade softcopy tak
BalasPadam