MAKLUMAN PENGHANTARAN DATA 3M 2014
Assalammualaikum... Salam Sejahtera...
Written by Mohd Ariff.
Sekolah Rendah
Negeri Perak Darul Ridzuan
DATA PEMULIHAN KHAS MULAI TAHUN 2014
Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Perak telah memurnikan format data untuk diguna pakai oleh semua pihak yang terlibat mulai Tahun 2014.
Data Pemulihan Khas akan dikutip berdasarkan kepada bilangan murid pada 31 Januari, 30 Jun dan 31 Oktober tahun semasa. Kerjasama daripada pihak tuan adalah dipohon untuk menghantar maklumat berkenaan secara 'soft copy' kepada Penolong Pegawai Pelajaran Daerah ( Pendidikan Khas/Pemulihan Khas) di Daerah masing-masing sebelum atau pada 3 Februari, 3 Julai dan 3 November tahun semasa.
Untuk maklumat lanjut sila muat turun di bahagian attachment ( dalam Portal)/ dibawah.
P/S : Makluman Kutipan Data 3M dengan menggunakan Borang Baru.
RALAT : Guru Pemulihan
Khas !!
- IKAM merupakan Instrumen Pemulihan yang digunakan sebagai item penguasaan matematik murid tahap 2 selain ujian Saringan LINUS Numerasi.
- IKAM akan disaring 3 kali setahun pada Januari, Julai dan November mengikut Kutipan Data Pemulihan.
- terdapat 4 topik dan murid dianggap menguasai kemahiran asas matematik sekiranya lulus semua item yang dikuasai.
- Yang gagal adalah murid pemulihan
- Ujian ini perlu dilaksanakan oleh guru pemulihan kepada murid murid tahap 2 ( tahun 4,5 dan 6 ) yang telah dikenalpasti mempunyai masalah penguasaan matematik oleh guru Aliran Perdana.
- Walaubagaimanapun dalam proses pengajaran dan pembelajaran, Guru Pemulihan perlu memberikan fokus utama kepada murid tahap 1 terlebih dahulu.

Jawapan : Jalankan ujian kepada murid- murid Protim, atau murid lemah, setelah dikenalpasti oleh guru matematik,(Murid yang dianggap tidak menguasai kemahiran asas matematik).
Sila Muat Turun Di sini : Borang Data 3M 2014 Terkini
Sila Muat Turun Di sini : Surat Siaran Data Pemulihan Khas 2014
Set Soalan IKAM
Sila Muat Turun Di sini : Set Soalan IKAM Tahap 2 Set 1
atau : Set Soalan IKAM Tahap 2 Set 3
(Gunakan salah satu set Soalan di atas)
P/S : Sila rujuk Laman /Portal JPN Perak
* Tuan/Puan GuruPemulihan Khas Daerah Kerian Penghantaran Data 31 Januari 2014 Sebelum atau pada 3 Februari 2014. Penghantaran 'Soft Copy' ke alamat e-mail : tumofaz1997@yahoo.com
Sekian Terima Kasih...
Penghantaran Data 3M dilanjutkan sehingga 5 FEBRUARI 2014. HARAP MAKLUM..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan